Wednesday, July 30, 2008


KOTA BHARU: Seorang lelaki, Nasron Jaffar, 31, terkejut apabila mendapati imej yang dirakamkan melalui telefon bimbitnya di bilik sebuah resort di Kuantan, menunjukkan wajah menyeramkan dipercayai hantu.

Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu.

"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.



Nasron berkata, esoknya, kira-kira jam 6.45 pagi, beliau berasa pelik apabila pintu almari di biliknya tiba-tiba terbuka dan kemudian tertutup dengan sendiri.

Katanya, apabila tiba di rumah sepupunya di Kuala Lumpur, beliau dan isterinya memeriksa rakaman gambar dari telefon bimbit itu bagi memastikan imej yang dirakam dapat disimpan untuk kelab kereta mereka.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya.

0 comments:

World Wide Web Search

Narutoevo7 Search

AVAILABE HERE!

Naruto Music


Prison Break SE03-13 (RECAP)

"Art of the deal" - Sucre is in Sona..as a prisoner! T-bag went to the courtyard and announced that Lechero is dead! Sofia is in the hospital. Whistler, Mohone and Susan team-up! Michael and Linc found a mysterious case, that will help Michael investigate Sara's death. Michael is on his way for REVENGE!

South Park Episode 1207- Super Fun Time

While the kids are on an educational trip to a living museum, Cartman makes Butters sneak away from the class to go to the amusement center located next door.

Ghost Hunter (TAPS) - SE04-69 - Fort Delaware

The team investigates the Pea Patch Island where Fort Delaware is. Fort Delaware is where over 2,500 people died and 33,000 people taken prisoners during the civil war.

(First aired: 6/18/2008)