Wednesday, February 27, 2008
Naruto Shippuuden Volume 33, Chapter 301 (Sai dan Sasuke)
Posted by Uzumaki Naruto at 2/27/2008 08:20:00 PMNaruto, Sakura dan Yamato memulakan pergerakan menuju ke kawasan persembunyian Orochimaru dalam usaha menjejaki Sasuke dan Sai! Ketika di dalam perjalanan tersebut, Sakura sempat memberi jaminan kepada Naruto bahawa kali ini mereka mampu menyelamatkan Sasuke! Mereka berdua begitu bersungguh-sungguh setelah kira-kira 3 tahun kehilangan rakan karib mereka kepada si jahat berpewatakan ular – Orochimaru! Kejatuhan Sasuke ke tangan Orochimaru sesungguhnya tidak dapat diterima Naruto..dan ini menyebabkannya bermati-matian untuk mengembalikan rakan karibnya itu! Naruto pasti..kali ini Sasuke akan kembali kepada mereka!
Di kawasan persembunyian Orochimaru…
Sai cuba berlagak baik kepada Uchiha Sasuke. Dia senyum sambil memperkenalkan dirinya tanpa mempedulikan keadaan Sasuke yang jelas sekali kurang senang dengan kehadirannya. “Pergi dari sini!”, jerit Sasuke kepada Sai. Reaksi yang memeranjatkan Orochimaru dan Kabuto.
“Walaupun aku memaksa diriku senyum..aku rasa..memang mudah sekali orang membenciku..Naruto juga membenciku sejak awal perjumpaan lagi”, jelas Sai cuba mengambil perhatian Sasuke. Sebaik sahaja nama Naruto disebut..Sasuke mula memberi reaksi. “ Di antara kamu berdua..aku rasa aku lebih selesa bersama kau, Sasuke”, tambah Sai lagi. Orochimaru dan Kabuto mula curiga dengan tindakan Sai. Tiba-tiba, Sai tersentak! Sai merasakan dirinya berada di satu kawasan lain yang amat mengelirukan…seolah-olah terapung di sebuah ruang yang dipenuhi bayangan mata Sasuke! Sai tergamam..tidak dapat berbuat apa-apa..lalu terduduk. “Sasuke! “, jerit Kabuto, cuba menghalang Sasuke daripada meneruskan penggunaan mata Sharingannya! Begitu mudah Sasuke melakukan serangan..jelas sekali Sasuke sudah semakin mahir dan bahaya semenjak dilatih Orochimaru. Sai terpaku..tidak percaya bagaimana dia boleh terperangkap dalam jutsu bahaya itu secara tiba-tiba dengan hanya memandang mata Sasuke.
“Aku tidak ganggu Sasuke jika aku adalah kau, Sai. Sasuke lebih teruk dari aku sendiri”, jelas Orochimaru dengan sinis. Sai tidak berhenti di situ, dia masih cuba bermain psikologi dengan Sasuke. “Aku dengar banyak cerita mengenai kau dan Naruto. Sudah 3 tahun Naruto berusaha mencari kau. Menurut Sakura, Naruto anggap kau sebagai saudara kandung!”, kata Sai. “…Naruto..dia ada lagi eh??...”, kata Sasuke. “Aku hanya ada seorang abang dan satu perkara sahaja yang aku mahu lakukan iaitu membunuhnya!”, tambah Sasuke dengan nada marah. Sasuke terus mendesak Orochimaru untuk melatihnya. Sejurus selepas itu, Orochimaru bergerak dari kawasan itu untuk melatih Sasuke..seperti yang telah dia janjikan kepada Sasuke. Tapi sebelum itu, Orochimaru menyerahkan sejenis dokumen kepada Kabuto dan mengarahkan Kabuto untuk membuat bahan rujukan berdasarkan dokumen tersebut. Dokumen tersebut adalah mengenai profil-profil ninja bertaraf Anbu yang bekerja secara langsung di bawah Hokage. Dari situlah, Kabuto mendapat tahu bahawa Yamato adalah salah seorang daripada mereka. Maka tidak hairanlah, Yamato seorang yang berskil tinggi dan patut diberi perhatian.
Dalam masa yang sama, pasukan bimbingan Yamato sudah sampai berdekatan kawasan persembunyian tersebut. Mereka hanya perlu memecah masuk secara rahsia ke dalam tempat itu. Menurut jelmaaan replika Yamato, pintu masuk ke tempat itu adalah menerusi laluan bawah sebuah batu besar. Tidak lama selepas itu, Yamato menyah-jelmakan jelmaan replikanya. Fizikal yang pada mulanya menyerupai manusia kini mula bertukar menjadi sejenis unsur pohon kayu yang bergerak dan menghilang masuk ke dalam tapak tangan Yamato. Satu pemandangan yang cukup aneh bagi Naruto dan Sakura. Itulah kelebihan Yamato menerusi keupayaannya mengawal unsur bumi menggunakan tubuhnya. Selepas itu, Yamato mengarahkan Naruto dan Sakura menelan sejenis alat pengesan yang sebesar sebutir beras. Ini bagi memudahkan Yamato mengesan Sakura dan Naruto sekiranya berlaku perkara-perkara di luar jangkaan. Alat itu hanya memberi respon kepada chakra Yamato sahaja. Yamato kemudian menerangkan kepada mereka, dia telah terlebih dahulu memasukkan alat pengesan tersebut ke dalam makanan Sai ketika mereka sama-sama berehat di kawasan mandian air panas sebelum itu. Perkara itu sememangnya tidak disedari oleh Sai, Naruto dan Sakura. Baru sekarang Naruto dan Sakura tahu, perbuatan Yamato membelanjakan mereka makan itu cuma helah Yamato untuk memasukkan alat pengesan itu ke dalam badan Sai menerusi makanan. Inilah yang membantu Yamato mengesan kedudukan Sai sekarang. Yamato sememangnya pada awal lagi sudah memerhatikan pergerakan Sai… atas arahan Hokage ke-5, Tsunade. Menurut Tsunade, penyertaan Sai di dalam misi itu menimbulkan rasa curiga. Tiada siapa tahu sama ada niat Sai adalah untuk membantu atau sebaliknya.
Tanpa membuang masa, mereka bertiga memulakan pergerakan…menuju ke kawasan Orochimaru! Masa yang Naruto tunggu selama 3 tahun sudah tiba..akhirnya..
Bersambung…

Labels: naruto shippuuden 301
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment