Monday, April 14, 2008



MELAKA: Hanya kerana klip video dirakam seseorang yang mendakwa terserempak pontianak, kini kawasan jambatan di Jalan Pulau Gadong, dekat sini, menjadi tumpuan ramai pada setiap malam.

Golongan terbabit sanggup melepak di kawasan jambatan itu bermula jam 11.30 malam hingga lewat pagi, semata-mata untuk melihat kehadiran pontianak berkenaan ekoran penyebaran klip video itu sejak dua minggu lalu.

Klip video sepanjang 50 saat itu memaparkan seorang wanita berambut panjang serta berkain putih terapung di udara sambil menangis.

Seorang penerima klip video berkenaan yang enggan dikenali berkata, klip video dalam format 3gp itu dipercayai sudah tersebar di kalangan pengguna telefon bimbit di negeri ini.

Katanya, akibatnya ada pihak sanggup datang ke kawasan jambatan itu semata-mata mahu melihat sendiri pontianak berkenaan.


“Ada pelbagai cerita saya dengar mengenai kisah video itu dirakam. Ada yang berkata, sekumpulan pemuda menaiki motosikal melalui kawasan itu terserempak dengan seorang wanita yang dilihat dalam kesusahan.

“Apabila mereka mendekati wanita itu, tiba-tiba dia menangis dan bertukar menjadi pontianak kemudian terapung di udara.

“Ada pula yang kata sekumpulan lelaki lalu di situ terserempak wanita menangis dan apabila ditanya dia mendakwa mencari anaknya yang hilang.

“Kemudian lelaki terbabit menghubungi polis dan apabila polis datang wanita itu bertukar menjadi pontianak sebelum terbang dan menghilangkan diri,” katanya.
Dia berkata, tidak mengetahui motif penyebaran klip video itu sama ada ia rekaan ataupun benar.

Katanya, berdasarkan latar belakang video itu diambil menunjukkan lokasinya di kawasan ini kerana kelihatan cahaya deretan lampu jalan dengan jelas.

“Visual ini pun tak berapa cantik sebab ia dirakam dalam keadaan agak gelap dan tidak dapat dilihat sama ada pontianak itu betul-betul terapung ataupun tidak.

“Namun hanya kerana video itu dikatakan dirakam di jambatan di Jalan Pulau Gadong ramai pula yang datang ke situ,” katanya.

0 comments:

World Wide Web Search

Narutoevo7 Search

AVAILABE HERE!

Naruto Music


Prison Break SE03-13 (RECAP)

"Art of the deal" - Sucre is in Sona..as a prisoner! T-bag went to the courtyard and announced that Lechero is dead! Sofia is in the hospital. Whistler, Mohone and Susan team-up! Michael and Linc found a mysterious case, that will help Michael investigate Sara's death. Michael is on his way for REVENGE!

South Park Episode 1207- Super Fun Time

While the kids are on an educational trip to a living museum, Cartman makes Butters sneak away from the class to go to the amusement center located next door.

Ghost Hunter (TAPS) - SE04-69 - Fort Delaware

The team investigates the Pea Patch Island where Fort Delaware is. Fort Delaware is where over 2,500 people died and 33,000 people taken prisoners during the civil war.

(First aired: 6/18/2008)